Tata Hexa 2015 – Model konsep yang menarik perhatian

By  |  0 Comments

Tata-Hexa-3

Mungkin ramai yang tidak menyedari rekaan kenderaan keluaran Tata sebenarnya tidak kurang menarik juga. Ini termasuklah model konsep Tata Hexa 2015 yang dipertontonkan di Geneva Motor Show baru-baru ini.

Model konsep SUV yang tampil sporty dan maskulin ini cukup sesuai untuk gaya hidup masa kini. Malah ia juga memiliki sentuhan elegan dan sofistikated dan menurut Tata, ini merupakan arah konsep rakaan terbaharu mereka bagi kenderaan SUV yang akan datang.

Dengan garisan luaran yang eksklusif, moden dan tersendiri, Tata Hexa konsep ini turut dipadankan dengan rim aloi bersaiz 19-inci.

Manakala bagi bahagian kabinnya, ia juga menyerlah ciri kemewahannya termasuk penampilan tempat duduk balutan kulit, manakala ruangnya pula digambarkan luas serta mampu memuatkan sehingga enam penumpang.

Bukan itu sahaja, rekaan dalamannya juga nampak pintar dengan penggunaan material sentuhan lembut serta mod pencahayaan yang menyerlahkan lagi ambien.

Tata_Hexa-1

Tata Hexa konsep ini juga bakal ditampilkan dengan kawalan suhu automatik, sistem kalis bunyi ekstensif dan sistem hiburan yang berkualiti tinggi.

Ia dikatakan bakal menggunakan enjin diesel serba baharu 2.2 liter VARICOR 400 sebagai penjana kuasa. Membuatkannya mampu menghamburkan kuasa sehingga 115 kW dan tork setinggi 400 Nm. Ia juga dipadankan dengan transmisi manual atau automatik, kedua-duanya enam-kelajuan.

Bagi aspek keselamatannya pula, ia akan dilengkapi dengan enam beg udara, Kawalan kestabilan Elektronik, lampu utama projektor automatik dan pengesan bilah pengilap cermin hadapan.

Buat setakat ini, Tata masih belum mengesahkan bilakah model konsep ini akan direalisasikan sebagai realiti.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *