Toyota Camry Hybrid serba baharu CKD akan berada di pasaran mulai 2 April ini

By  |  0 Comments

Camry_Hyrbid_02

Petang ini berlangsungnya majlis perasmian projek Toyota Camry serba baharu pemasangan tempatan (CKD) di Assembly Services Sdn Bhd (ASSB), Shah Allam. Ia merangkumi varian Camry Hybrid 2.5L dan Camry 2.0L yang bakal mula berada di pasaran pada 2 April ini.

Untuk Camry Hybrid, hanya satu varian sahaja yang ditawarkan iaitu 2.5L Hybrid dengan ledakan kuasa sehingga 205 hp. Manakala bagi enjin 2.0L konvensional pula dengan varian 2.0G dan 2.0E.

UMW Toyota Motor (UMWT) mensasarkan jualan sebanyak 9,000 unit Camry serba baharu ini bagi tahun ini dengan 7,000 unit daripada adalah varian hibrid dan 2,000 unit pula Camry 2.0L.

Camry_Hyrbid_Ext_03

Menurut UMWT, enjin hibrid ini didatangkan khas dari Jepun, dan ditawarkan dengan waranti selama lapan tahun, sama seperti model Prius dan Prius C. Manakala bagi enjin 2.0L pula, ia diterbangkan dari China.

Menteri Pedagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed telah melancarkan majlis perasmian pengeluaran Toyota Camry Hybrid CKD serba baharu ini. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa, Pengerusi UMW Toyota Motor Tan Sri Asmat Kamaludin, Timbalan Pengerusi Akio Takeyama, Presiden dan CEO Kumpulan UMW Holdings Bhd, Datuk Syed Hisham Syed Wazir, Presiden UMW Toyota Motor Datuk Ismet Suki dan Naib Presiden Kanan Toyota Motor Asia Pasifik, Hao Quoc Tien.

Camry_Hyrbid_Ext_02

Pengerusi UMW Toyota Motor, Tan Sri Asmat berkata, Camry Hybrid CKD serba baharu ini merupakan kenderaan hibrid pertama yang dipasang oleh ASSB. Di mana pengeluarannya dianggap sebagai bukti komitmen syarikat untuk melancarkan model yang memenuhi jangkaan para pelanggan.

Menurutnya lagi, Camry serba baharu ini bukan sekadar hadir dengan reka bentuk yang sporty dan dinamik, malah tampil dengan banyak penambah baikan.

Menjawab pertanyaan pihak media mengenai harga kenderaan Toyota baharu selepas implementasi GST, Datuk Ismet Suki pula menjawab, “Kalau ikutkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kastam, GST mampu membuatkan harga kereta turun. Namun buat masa ini, pihak kami belum bersedia untuk mengeluarkan kenyataan berkenaan dengannya. Kena tunggu 1 April nanti.”

Mengenai harga bagi Camry Hybrid ini pula, Ismet mengesahkan, ia akan berharga di bawah RM200,000 dan bakal diumumkan pada 2 April ini bersama spesifikasi selanjutnya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *