Ford Ranger 2015 … kemunculan perdana sempena Bangkok Motor Show

By  |  0 Comments

DSC_0017b

Ford Ranger 2015 baru sahaja ditampilkan secara perdana di Bangkok Motor Show pagi ini biar pun acara gilang-gemilang ini belum pun bermula secara rasminya.

Ranger T6 serba baharu ini tampil lebih macho terutamanya pada bahagian hadapannya dengan gril yang lebih agresif. Bukan itu sahaja, Ford turut memberikan penampilan baharu pada papan pemukanya dengan rekaan yang lebih bergaya.

DSC_0050b

Bagi sudut mekanikal pula, Ranger baharu ini turut diberi penambah baikan penjana kuasa dengan teknologi Start-Stop. Ford pula memberikan jaminan, Ranger ini lebih senyap dan penggunaan bahan apinya lebih efisien sebanyak 22%. Ia juga didatangkan dengan stereng berkuasa elektrik yang baharu.

Bagi spesifikasi untuk pasaran Malaysia, tiga unit bakal ditawarkan iaitu enjin 3.2 liter Duratorq lima-silinder (197 hp/470 Nm), 2.2 liter Duratorq (158 hp/385 Nm) dan terbaharu 2.2 liter dengan kuasa 129 hp.

Menurut Danny Tan dari Paultan.org yang membuat liputan ini secara langsung dari Impact Muang Thong Thani, Bangkok, Ranger yang ada dalam pasaran setakat ini merupakan pikap yang terbaik untuk pemanduan di landasan, namun bagi model serba baharu ini, Ford telah menala semula sistem suspensinya untuk pengendalian yang lebih selesa.

Untuk Ranger 2015 ini juga, teknologi baharu termasuk sambungan SYNC 2 dan sistem bantuan pemanduan seperti Lane Keeping Aid, Adaptive Cruise Control, Driver Impairment Monitor dan pengesan parkir hadapan/belakang turut ditampilkan. Namun sayangnya, tidak semuanya akan ditampilkan pada model spesifikasi Malaysia.

Bakal diproduksikan di tiga kilang fasiliti iaitu Argentina, Afrika Selatan dan Thailand, Ranger 2015 ini juga akan bakal tiba di pengkalan Malaysia tidak lama lagi. Ia diproduksi di kilang AAT, Rayong, Thailand dan kenalah tunggu pengumuman selanjutnya dari Ford Malaysia berhubung dengan perician serta tarikh ketibaannya kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *