Kia Optima 2016 bakal muncul di New York Auto Show 1 Apr ini

By  |  0 Comments

Kia-Optima-2016-1

Kia dijangka bakal mempertontonkan model Optima 2016 di New York Auto Show pada 1 April ini. Sebelum itu, dua foto lakarannya telah disebarkan.

Digambarkan sebagak model konsep SPORTSPACE, model Optima sedan bersaiz sederhana ini menunjukkan potensi melalui lakaran ini. Namun untuk model produksi, mungkin ia tidaklah begitu dramatik tetapi masih memiliki rekaan yang penuh evolusi.

Kia-Optima-2016-2

Generasi keempat Optima ini dikatakan memiliki “rekaan yang bersemangat” dan mungkin pintu belakangnya lebih panjang sedikit berbanding model prototaip.

Kia juga dikatakan bakal menghasilkan versi hibrid yang menggabungkan enjin diesel dengan motor elektrik, seperti yang pernah dilihat pada Optima T-Hybrid, namun model standard ini mungkin menerima enjin diesel 1.7 liter CRDi dan ia dijangka untuk pasaran Eropah. Manakala bagi model pasaran US pula, ia bakal menerima enjin yang sama dengan Sonata termasuk 1.6 liter, 2.0 liter pengecas turbo dan 2.4 liter.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *