Ford telah memproduksi model ke-5 juta yang dilengkapi enjin EcoBoost

By  |  0 Comments

Ford 5th MIl

Baru-baru ini, Ford telah berjaya menghasilkan model ke-5 juta yang dilengkapi dengan enjin EcoBoost, iaitu pada Focus berwarna merah yang diproduksikan di Michigan Assembly Plant.

Focus ini menampilkan enjin 1.0 liter EcoBoost tiga-silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 123hp dan tork 166 Nm.

Kejayaan ini datang selepas enam tahun enjin EcoBoost pertama dilancarkan iaitu untuk Taurus SHO pada tahun 2009. Ia juga merupakan tahun pertama Ford menawarkan enjin EcoBoost di semua barisan kenderaan penumpang mereka di Amerika Syarikat dan seterusnya ke seluruh dunia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *