Citroen Grand C4 Picasso 1.6 THP versi petrol sudah berada di Malaysia

By  |  0 Comments

C4_Petrol_01

Selain model facelift bagi C3, Citroen turut mempamerkan Citroen Grand C4 Picasso 1.6 THP163 di semua bilik pameran Citroen di seluruh negara. Sebelum ini Citroen Grand C4 Picasso 2.0 Blue HDi telah pun berada di Malaysia sejak Julai tahun lalu.

Citroen Grand C4 Picasso 1.6 THP163 ini dijanakan oleh enjin petrol 1.6 liter pengecas turbo yang mampu memberikan kuasa 163 hp dan tork 240 Nm. Ia juga dipadankan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan.

MPV dengan tujuh tempat duduk ini mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 10.0 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 189 km/j. Penggunaan bahan apinya pula didakwa hanya sekitar 5.6 liter bagi setiap 100 km (17.8 km/L).

C4_Petrol_02

Selain daripada enjin, Grand C4 Picasso 1.6 THP163 tetap sama dengan varian diesel. Ia turut dilengkapi dengan rim bersaiz 18-inci yang dibaluti tayar Michelin Pilot Sport 3, bumbung panoramik, kemasukan tanpa kunci, dan pembuka pintu belakang elektronik.

Bagi bahagian kabinnya, ia turut dilengkapi dengan corong bagi tempat duduk barisan kedua dan ketiga, sistem kemasukan tanpa kunci, sistem infotainmen dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci, instrumen kluster digital 12-inci, navigasi dan kamera undur

Buat masa sekarang, Citroen Grand C4 Picasso 1.6 THP163 ini dijangka berharga RM183,000. Harga sebenarnya akan diumumkan apabila ia dilancar secara rasminya kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *