Chevrolet Camaro 2016 bakal diperkenalkan pada 16 Mei ini

By  |  0 Comments

CamaroSix

Chevrolet telah mengumumkan untuk memperkenalkan model Camaro 2016 pada 16 Mei dalam satu majlis khas yang bakal berlangsung di Detroit.

Memilih Belle Isle yang berkeluasan 982 ekar, lokasi ini mampu memuatkan hampir 1,000 tetamu yang berpeluang menyaksikan “Camaro Museum” yang menghimpunkan pelbagai model penting dalam sejarah Camaro. Malah para tetamu juga berpeluang untuk memandu uji Camaro Z/28 2018 ini di Belle Isle Grand Prix, di samping berkenalan dengan barisan jurutera dan pereka Camaro.

Digambarkan sebagai model serba baharu, Camaro generasi ke-enam ini dilihat memiliki perbezaan yang lebih signifikan berbanding model sedia ada. Ia juga dikatakan telah ‘kehilangan berat badan’ dan dijangka bakal menampilkan enjin empat-silinder pengecas turbo.

Hendak tahu cerita selanjutnya, kena tunggu bila Chevrolet bakal memperkenalkannya secara rasmi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *