Toyota Camry 2015 telah dilancarkan di Thailand

By  |  0 Comments

Toyota-Camry-Facelift-Thailand-017

Toyota Camry 2015 facelift telah pun dilancarkan di Thailand dengan menampilkan beberapa elemen baharu termasuklah enjin dan kotak gear serba baharu.

Ditawarkan dengan enam varian iaitu 2.0G, 2.5G, 2.5HV CD, 2.5HV Navigator, 2.5HV Premium dan satu model khas untuk pasaran Thai iaitu 2.0G Extremo.

Dua model yang menerima penambahbaikan terbesar iaitu 2.0G dan 2.0G Extremo telah ditampilkan dengan enjin baharu iaitu 2.0 liter VVT-iW & D-4S yang dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan (menggantikan empat-kelajuan bagi model terdahulu). Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 167 PS dan tork 199Nm. Dengan kotak gear baharu, penjimatan bahan apinya dapat dipertingkatkan sehingga 13%.

Manakala model lain tidak mengalami perubahan mekanikal, masih menggunakan enjin yang sama iaitu 2.5 liter (181 PS/231 Nm) dan 2.5 liter dengan motor hibrid (160 PS/213Nm + 105 PS/270Nm).

Melihat akan penampilan baharunya, bagi varian bukan hibrid, ia tampil dengan imej yang lebih dinamik termasuk dengan kehadiran bar krom yang lebih menyerlahkan lagi gayanya.

Manakala bagi varian hibrid, ia tampil dengan gril hadapan yang lebih unik bagi membezakannya dengan model Camry Hybrid JDM.

Bagi Camry Extremo pula tampil lebih agresif dengan kehadiran kit badan yang sporty termasuk peresap belakang yang mantap, paip ekzos berkembar, rim aloi bersaiz 17-inci, dan spoiler belakang.

Toyota-Camry-Facelift-Thailand-015

Selain itu, varian baharu Camry ini juga dilengkapi dengan lampu utama LED sepenuhnya dengan lampu tinggi auto, kawalan suhu tiga zon, tempat duduk belakang boleh laras, sistem audio JBL dengan 10 pembesar suara, pengecas tanpa wayar, kawalan kelajuan dinamik radar, pengesan titik buta, Rear Cross Traffic Alert, lane departure warning, pre-crash alert dan tujuh beg udara.

Harga yang ditawarkan ialah bermula 1,319,000 baht (sekitar RM148,500) untuk 2.0G hingga 1,899,000 baht (RM213,600).

Difahamkan Toyota Camry 2015 facelift berserta varian hibrid CKD juga akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi. Cuma buat masa ini, ia belum disahkan padanan penjana kuasa dan transmisinya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *