Ford Mustang baharu bakal muncul di Publika mulai esok

By  |  0 Comments

?????????????????

Jika anda teringin mahu melihat Ford Mustang di hadapan mata? Berkunjunglah ke Publika, Solaris Dutamas mulai 11 hingga 15 Mac ini.

Ford Motor Company hari ini mengumumkan bahawa Mustang baharu akan dipertontonkan di pusat membeli-belah tersebut jauh lebih awal daripada ketibaan rasminya ke bilik-bilik pameran Ford seluruh negara pada Disember depan.

Untuk meraikan 50 tahun pengeluarannya, kereta sports Amerika ini akan mula memasuki pasaran global. Malaysia merupakan antara pasaran pemanduan sebelah kanan yang akan menerima Mustang baharu.

Mustang yang ditawarkan di Malaysia adalah dalam versi fastback dan convertible. Pelanggan boleh memilih enjin 5.0 liter V8 yang mampu menghasilkan kuasa 435 kuasa kuda dan tork setinggi 390 lb.-ft. atau enjin EcoBoost® bersesaran 2.3 liter yang berupaya menjana kuasa mencecah 310 kuasa kuda.

????????????????????????????????

Mustang merupakan salah satu kereta yang paling popular di dunia dengan lebih sembilan juta unit berjaya dijual sehingga kini. Ia benar-benar telah merevolusikan segmen kereta sports menerusi keunikan kombinasi reka bentuk yang tersendiri, prestasi tinggi dan mampu milik. Daripada litar lumba hinggalah ke layar perak, dari radio kepada kotak alat permainan, Mustang telah menjadi sebahagian daripada automotif serta budaya pop.

Dibina di kilang pemasangan Flat Rock di Amerika Syarikat, Mustang baharu merupakan versi yang paling maju setakat ini. Dengan reka bentuk yang cukup kemas untuk versi fastback dan convertible, ia turut menawarkan kualiti pengendalian bertaraf dunia, kawalan stereng lebih tepat serta keselesaan pemanduan yang telah dipertingkatkan. Interpretasi moden dan maskular reka bentuk klasik Mustang juga lebih arodinamik dan efisien. Sekali gus mampu meningkatkan pretasi dan penjimatan bahan api.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *