Toyota Hilux turut menjadi pilihan TNB

By  |  0 Comments

Flag-off by En Mohd Adibi Ambak (TNB) & En Mohd Shamsor Mohd Zain (UMW Toyota)

Kenderaan lasak dan teguh serta nilai terbaik untuk wang, Toyota Hilux menjadi pilihan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menerima penyerahaan sebanyak 100 unit kenderaan itu dua hari lalu. Penyerahan kunci itu dilakukan oleh Mohd Shamsor Mohd Zain, Pengarah Bahagian Kumpulan Operasi dan Sokongan, UMW Toyota Motor kepada Mohd Adibi Ambak, Pengurus Besar Kanan, Perolehan dan Pengurusan Vendor, Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada majlis khas di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor.

Dalam ucapannya, Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, “Saya cukup berbangga kerana sebentar lagi, kita akan menyaksikan penyerahan lebih 100 unit Toyota Hilux kepada Tenaga Nasional Berhad manakala baki 192 unit lagi akan diserahkan secara berperingkat. Terima kasih kerana memilih Toyota Hilux dan berterusan memberikan sokongan teguh anda kepada kami di UMW Toyota Motor”.

100 units of Toyota Hilux with TNB staff

Tidak ragu-ragu lagi, Toyota Hilux adalah trak pikap terlaris di Malaysia dengan lebih 180,000 unit generasi sedia ada yang telah terjual sejak diperkenalkan pada 2005. Kedudukannya yang berterusan sebagai peneraju pasaran dalam segmennya dengan penguasaan hampir 50% pasaran bukan sahaja disebabkan penampilan lasak dan maju tetapi paling penting, rekod yang telah terbukti di dunia sebagai kenderaan yang tahan lasak dan mantap untuk lebih 40 tahun.

Sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan, UMW Toyota Motor akan terus menyokong Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pelanggan korporat utama dan memenuhi semua keperluan mereka termasuk servis selepas jualan yang khusus, peruntukkan kenderaan awal dan latihan teknikal. Tenaga Nasional Berhad telah menempah 292 unit Toyota Hilux dan kenderaan-kenderaan ini dijadual diserahkan secara berperingkat menerusi UMW Toyota Motor.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *