Chevrolet bakal tayang Malibu 2016 di New York Auto Show April ini

By  |  0 Comments

Chevrolet-Malibu-2016

Belum pun selesai acara gemilang Geneva Motor Show yang sedang rancak berlangsung, Chevrolet sudah tidak sabar mendedahkan berita bahawa mereka akan menayangkan model Malibu 2016 di New York Auto Show pada April ini.

Telah menyebarkan sekeping foto teaser, Chevrolet turut berkata, model sedan bersaiz sederhana ini akan membawakan platform baharu termasuk 4 inci jarak roda yang lebih panjang bagi memberikan ruang kabin yang lebih luas terutamanya buat penumpang belakang. Platform baharu ini juga akan menggunakan keluli berketahanan tinggi dan mengurangkan berat sejumlah 136 kg.

Bagi imej yang bakal ditampilkan, Timbalan Presiden Rekaan Global General Motor, Ed Welburn mengesahkan, Malibu 2016 ini bakal mengadaptsi gaya yang diinspirasikan menerusi model Corvette. Malah ia juga bakal menampilkan rekaan yang begitu menyerlah dan banyak berbeza berbanding model sedia ada.

Chevrolet akan mendedahkan perician dan teaser terkini pada setiap minggu sebelum ia tampil di New York bulan hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *