Honda HR-V catat rekod tempahan lebih 7,000 unit dalam tempoh sebulan sejak dilancarkan

By  |  0 Comments

HRV_V_01

Honda HR-V serba baharu telah menetapkan momentum yang baik dalam tempahan, sekali gus menjadi penanda aras baharu bagi segmen SUV Honda Malaysia dengan lebih daripada 7,000 tempahan diterima dalam satu bulan. Varian V telah merangkumi 65% daripada jumlah unit yang telah ditempah, manakala varian S serta E pula masing-masing 15% dan 20%.

Rekod tempahan tinggi yang tidak dijangka ini telah menjadikan tempoh menunggu adalah selama empat bulan, dan Honda Malaysia telah segera mengkaji semula jadual pengeluaran tersebut. HR-V serba baharu yang dipasang di kilang produksi No.2 di Pegoh, Melaka, yang mempunyai jadual pengeluaran fleksibel, Honda Malaysia berupaya untuk mengubah semula jadual pengeluaran dan berusaha keras untuk mengurangkan tempoh menunggu. Honda Malaysia turut memohon maaf di atas kelewatan penghantaran ini dan akan mengumumkan tempoh menunggu yang baru setelah ia dimuktamadkan.

Honda Malaysia juga berusaha untuk memastikan kenderaan akan dihantar kepada para pelanggan dalam tempoh masa yang munasabah. Walau bagaimanapun, syarikat ini tidak akan tergesa-gesa dalam proses pengeluaran kerana tahap kualiti adalah menjadi keutamaan. Kepuasan pelanggan adalah paling penting dan Honda Malaysia tidak akan mengetepikan soal kualiti.

Honda Malaysia amat menghargai penerimaan pasaran yang baik serta sokongan para pelanggan dan keyakinan mereka terhadap produk serta perkhidmatan Honda.

Antara ciri-ciri HR-V serba baharu ini adalah Ruang Kargo Pelbagai-Kegunaan, yang memberikan pelbagai konfigurasi serba boleh bagi tempat duduk belakang untuk memenuhi semua gaya hidup. Perjalanan bersama HR-V serba baharu ini juga memberikan lebih keselesaan dan keseronokan dengan ciri-ciri pintar seperti Paparan Audio 7-inci, Panel Sesentuh Penghawa Dingin Auto dan Sistem Kemasukan Pintar dengan Butang Penghidup Enjin.

HR-V serba baharu juga didatangkan dengan pelbagai teknologi terkini, termasuklah Pemegang Brek Automatik dan Brek Parkir Elektrik yang ditawarkan pada semua varian. Barisan ciri keselamatan komprehensif aktif dan pasif juga ditampilkan pada HR-V serba baharu ini, termasuklah 6 beg udara.

Honda Malaysia juga telah mencatat rekod baharu dengan jumlah tempahan tertinggi dalam sejarah iaitu 11,047 unit, dan lebih daripada 6,000 unit telah dijual pada Februari 2015. Rekod baharu ini didorong oleh tempahan HR-V serba baharu, City dan diikuti oleh Jazz.

Honda_Jazz13

Dengan barisan model yang kukuh, termasuk CR-V baharu, Honda Malaysia telah mengekalkan posisinya di tempat pertama bagi Segmen Kenderaan Penumpang Bukan-Nasional pada Januari 2015 dengan 6,522 unit telah dijual. Angka jualan yang tinggi ini telah disumbangkan oleh City dan Jazz, di mana kedua-duanya turut mendominasi segmen masing-masing. Civic dan Accord juga mendahului segmen masing-masing pada bulan Januari.

Dengan momentum yang positif dan kedudukan HR-V serba baharu ini, Honda Malaysia berkeyakinan untuk mencapai sasaran jualan sebanyak 85,000 untuk 2015.

Honda_City_26

Honda Malaysia bekerjasama erat dengan 78 pengedar rangkaian di seluruh negara untuk memberikan sokongan perkhidmatan selepas jualan dan servis yang berkualiti untuk pengalaman pemilikan terbaik.

Pelanggan yang ingin melihat dan pandu uji HR-V serba baharu ini boleh berkunjung ke mana-mana rangkaian pengedarnya di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Tol Percuma Honda di 1-800-88-2020, atau layari www.honda.com.my.

Untuk mengetahui ulasan pandu uji Honda HR-V di Chiang Mai, Thailand, sila KLIK DI SINI.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *