Mazda6 facelift lebih macho

By  |  0 Comments

Walau pun tidak banyak melakukan perubahan, namun Mazda6 facelift ini kelihatan lebih macho berbanding model sedia ada.

Telah pun dipertontonkan di Geneva, Mazda6 ini telah dipertingkatkan imejnya pada bahagian gril hadapan, lampu utama dan juga kluster lampu belakang. Malah ia turut menampilkan antera sirip jerung yang berlainan, rim aloi dua-tona bersaiz 19-inci yang lebih segar dan juga warna badan tambahan.

Bukan itu sahaja, bahagian kabinnya juga diberi sedikit kelainan, termasuklah menampilkan elemen baharu seperti brek parkir elektrik, konsol tengah dan tempat duduk yang diberi penambah baikan.

Bahagian mekanikalnya tiada perubahan namun bagi sesetengah pasaran, Mazda turut menawarkan pilihan sistem pacuan semua-roda. Malah ia juga mungkin bakal menawarkan versi MPS/Mazdaspeed namun masih tiada pengesahan mengenainya buat setakat ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *