Volkswagen Langkawi dinaik taraf menjadi pusat 3S

By  |  0 Comments

VW Langkawi_3

Baru-baru ini, Volkswagen Malaysia menerusi Goh Brothers Motor Sdn Bhd telah menaik taraf pusat servisnya di Langkawi menjadi sebuah kemudahan 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti). Majlis pelancaran kemudahan 3S milik Goh Brothers Motor Sdn Bhd (Volkswagen Langkawi) itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Sri Mukhriz Mahathir.

Dioperasi dan dimiliki sepenuhnya oleh Goh Brothers Motor Sdn Bhd, kemudahan yang telah dinaik taraf itu membuktikan kesungguhannya untuk menawarkan khidmat pelanggan yang cemerlang. Terletak di Pusat Bandar Kuah, kemudahan 3S itu menawarkan penyelesaian mobiliti luar biasa menerusi portfolio produk Volkswagen Malaysia, selain khidmat servis dan penyelenggaraan kepada pelanggan.

VW Langkawi_6

“Kami amat teruja untuk mengumumkan pelancaran kemudahan Volkswagen Langkawi yang baru. Kemudahan baharu ini menjadi bukti komitmen kami terhadap pasaran tempatan dan memenuhi janji kami iaitu ‘Sentiasa di Sisi Anda’. Ia juga membuktikan perjalanan bersama pelanggan kami sepanjang kitaran hidup produk secara keseluruhannya,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller.

VW Langkawi_7

Bangunan setingkat Volkswagen Langkawi yang seluas 9,370 kaki persegi mempunyai tiga ruang penyelenggaraan. Sementara ruang pamerannya pula mampu memuatkan sehingga lima buah kenderaan. Pusat 3S Volkswagen Langkawi baharu juga dilengkapi dengan servis concierge, sebuah lounge, akses internet tanpa wayar dan minuman percuma demi memberi keselesaan serta pengalaman yang terbaik kepada para pelanggan.

Ditubuhkan pada tahun 2007, Goh Brothers Motor Sdn Bhd kini mengendalikan 7 pusat pengedar Volkswagen di Malaysia. Ia memberi penekanan terhadap wilayah utara yang merupakan lokasi asalnya. Dua pusat pengedaran masing-masing terletak di Pulau Pinang, Kedah dan tiga di Perak. Sebagai tambahan, Goh Brothers kini merancang untuk melancarkan sebuah pusat 4S (jualan, servis, alat ganti dan cat) di Batu Caves pada tahun ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *