Toyota Hiace 2015 mempertingkatkan elemen keselamatan

By  |  0 Comments

Hiace Window Van

Toyota Hiace antara model van bertingkap yang paling mendapat jualan tertinggi di Malaysia, dan baru-baru ini UMW Toyota Motor telah melancarkan model Hiace 2015 di pasaran Malaysia. Hiace 2015 telah diberi penambah baikan termasuk mempertingkatkan elemen Keselamatan Aktif. Ia merupakan polisi Toyota di mana keselamatan adalam keutamaan bagi produk mereka, tidak kiralah untuk kenderaan penumpang mahu pun komersil.

Elemen Keselamatan Aktif yang ditampilkan secara standarad bagi Hiace Window Van ialah Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dengan Kawalan Cengkaman (TRC), Kawalan Bantuan Mendaki (HAC) dan Isyarat Perberhentian Kecemasan. Pengesan undur juga merupakan elemen standard yang ditampilkan.

Bagi varian Hiace Panel Van pula, ia telah ditambah dengan ABS, manakala untuk Panel Van, ia turut menawarkan Bantuan Brek (BA).

Toyota-Hiace

Selain itu, Hiace Window Van dan Panel Van turut dilengkapi dengan dua beg udara SRS dan tali pinggang keselamatan 3-poin untuk kesemua 10 penumpang.

Hiace 2015 ini masih mengekalkan dua pilihan penjana kuasanya iaitu 2.7 liter 16-injap DOHC dengan VVT-i dan D-24 2.5 liter DOHC commonrail turbodiesel.

Pelanggan juga boleh memilih aksesori pilihan termasuklah Toyota Premium Security & Solar Film, Toyota Essential atau Toyota Standard Solar Film. Di mana cermin gelap ini mengikut piawaian yang ditetapkan olej JPJ dan akan dipasang oleh UMW Toyota Motor Accessories Centre.

Bukan itu sahaja, UMWT turut menawarkan Pam Tayar Mudah Alih sebagai aksesori pilihan.

Pdmbelian Hiace ditawarkan dengan waranti selama 3 tahun atau 100,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu). Harga atas jalan yang ditawarkan bagi Hiace 2015 ini ialah RM109,600 bagi Hiace High Roof Window Van 2.5 Turbo (D), RM102,600 untuk Hiace High Roof Window Van 2.7 (P) dan Hiace Panel Van 2.5 Turbo (D) berharga RM87,600 (untuk syarikat komersil sahaja).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *