Hyundai Tucson 2016 tampil dengan rekaan lebih mantap

By  |  0 Comments

Hyundai-Tucson-6

Pada hari pertama berlangsungnya Geneva Motor Show, Hyundai turut mengambil kesempatan untuk mempertontonkan model Tucson serba baharu.

Kelihatan lebih mewah berbanding model sedia ada, Tucson 2016 ini dikatakan mampu memberikan persaingan sengit di dalam segmen-C kerana menampilkan rekaan yang lebih mengagumkan terutamanya pada lampu utama LED dan gril krom haksagon.

Hyundai-Tucson-2

Malah Hyundai turut tidak terlupa untuk menampilkan pintu belakang yang berkuasa, mudah dibuka dengan ruang kargo berkapasaiti 513 liter (dengan kedudukan asal tempat duduk belakang). Malah sistem bantuan dan keselamatan termasuk pengesan titik buta, bantuan lorong dan brek kecemasan autonomi turut ditampilkan sebagai elemen baharu.

Bagi barisan model terbaharu ini, Hyundai bakal menawarkan enjin 1.6 liter yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 135 Hp dengan padanan transmisi manual enam-kelajuan. Bagi versi turbo pula, ia menggunakan enjin yang sama tetapi mampu menghamburkan kuasa sehingga 176 Hp dan ditawarkan dengan kotak gear klac-berkembar tujuh-kelajuan.

Hyundai-Tucson-Hybrid-4

Bukan itu sahaja, Hyundai turut menawarkan enjin 1.7 liter CRDi turbodiesel yang boleh menghasilkan kuasa sehingga 115 Hp dengan kotak gear manual enam-kelajuan. Sementara itu, bagi varian enjin 2,0 liter diesel pula, ia mampu melonjakkan kuasa 136 Hp dan 184 Hp dengan padanan transmisi automatik enam-kelajuan.

Menariknya lagi, Hyundai turut mempertontonkan model Tucson 48V Hybrid di Geneva, ia dipadankan dengan enjin diesel 136 Hp dengan transmisi manual enam-kelajuan serta motor elektrik 14 Hp. Hasil gabungan tersebut, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 150 Hp dan 413 Nm. Ia juga dihadirkan dengan generator penghidup hibrid,inverter, penukar kuasa voltan rendah DC dan pek bateri 48-volt lithium-ion. Pertambahan perkakasan ini menjadikan berat Tuscon 48V Hybrid ini lebih 20 kg berbanding model biasa.

Hyundai turut mempertontonkan model konsep Tucson plug-in hybrid dengan enjin diesel 115 Hp, klac-berkembar tujuh-kelajuan, motor elektrik 68 Hp (pacuan roda belakang) dan bateri polimer lithium-ion 10.7 kWh. Ia boleh dipacu dengan kuasa elektrik sehingga 50 Km dan menyalurkan gabungan kuasa sehingga 183 Hp dan 474 Nm.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *