Renault Clio Renaultsport 220 Trophy EDC miliki ledakan kuasa 220 Hp & 260 Nm

By  |  0 Comments

Renault-Clio-RS-Trophy-Geneva-Live-1

Renault turut tidak ketinggalan mempertontonkan jentera hatchback Clio Renaultsport 220 Trophy EDC di Geneva semalam.

Perubahan signifikan yang dilaksanakan berbanding dengan model standard Clio RS ialah ia dijanakan oleh enjin 1.6 liter empat-silinder turbo yang mampu meledakkan kuasa sehingga 220 Hp dan 260 Nm iaitu ekstra 20 Hp dan 20 Nm daripada biasa.

Di mana had lonjakan revolusi per minit (RPM) juga telah ditambah daripada 6,500 rpm ke 6,800 rpm. Malah, kuasa tork juga telah dihamburkan daripada gear keempat dan kelima yang mana ia menawarkan tork puncak sementara pada 280 Nm.

Clio-Renaultsport-220-Trophy-EDC-8

Bukan itu sahaja, Renault turut membuat sedikit perubahan pada transmisi EDC dengan menjanjikan 40 peratus lebih pantas untuk penukaran gear pada mod Normal dan Sport serta 50 peratus lebih pantas apabila berada pada mod Race.

Clio Renaultsport 220 Trophy EDC ini turut didatangkan dengan rim aloi Radical bersaiz 18-inci yang dibaluti tayar Michelin Pilot Super Sport 205/40R18. Malah ia juga ditampilkan dengan kerangka stereng yang boleh mengurangkan kuasa sehingga 30 peratus apabila sistem start/stop berfungsi dalam mod Normal tetapi secara automatiknya akan dimatikan jika berada dalam mod Sport dan Race.

Malah berbanding dengan model standard Clio RS, versi Trophy baharu ini 20mm lebih di hadapan dan 10mm di belakang serta telah diberi penambah baikan sebanyak 40 peratus pada gegelungnya yang menjadi lebih keras dan mantap pada bahagian belakang. Penyerap hentaknya juga lebih kukuh bagi menyalurkan kestabilan yang optimum dalam pengendaliannya.

Clio-Renaultsport-220-Trophy-EDC-13

Untuk bahagian kabin pula, ia ditampilkan dengan roda stereng balut kulit, sistem telementri Renaultsport Monitor dan pek dalaman “Trophy” termasuk tempat duduk balutan kulit dengan pemanasm corong udara krom sutera dan imej karbon yang melingkari corong udara, tuil gear dan pemegang pintu.

Clio Renaultsport 220 Trophy EDC dijangka akan mula dipasarkan di Eropah pada Jun ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *