Hyundai ix20 facelift diperkenalkan untuk pasaran Eropah

By  |  0 Comments

Hyundai-ix20-5

Turut mengambil bahagian di dalam Geneva Motor Show, Hyundai tidak melepaskan peluang memperkenalkan model ix20 facelift.

Hyundai menyifatkan model MPV ini sebagai “direka, elemen kejuruteraan dan diproduksi di Eropah untuk pelanggan Eropah”, ix20 ini ditampilkan dengan lampu projektor yang direka semula dan gril radiator haksagon baharu bagi menyerlahkan imej hadapannya.

Hyundai-ix20-4

Pada bahagian belakangnya pula, kelihatan lampu LED yang telah dimodifikasi, dan turut menampilkan dua pilihan rim aloi bersaiz 16- dan 17-inci.

Bagi bahagian kabinnya, ia telah dipasang dengan roda stereng bersama pilihan haba panas dan sistem audio generasi terbaharu dengan sambungan iPod dan My Music (1GB storan), di samping sambungan Bluetooth, USB dan AUX.

Hyundai-ix20-2

Model MPV ini juga menawarkan empat pilihan enjin iaitu dua petrol dan dua diesel. Di mana unit petrolnya bersesaran 1.4 dan 1.6 liter yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 90 Hp dan 125 Hp. Ia juga dipadankan dengan kotak gear automatik baharu enam-kelajuan, bagi menggantikan kotak gear lama automatik empat-kelajuan.

Manakala bagi versi diesel pula, ia dilengkapi dengan enjin 1.4 liter dengan kuasa 77 Hp atau 90 Hp, sementara motor 1.6 liter pula bersama kuasa 115 Hp atau 128 Hp. Kedua-dua enjin diesel ini digabungkan dengan kotak gear manual enam-kelajuan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *