Peugeot Petaling Jaya dilancarkan

By  |  0 Comments

Peugeot Petaling Jaya  001 (1)

Nasim Sdn Bhd telah melancarkan bilik pameran terbaharu Peugeot di negara ini, Peugeot Petaling Jaya, pagi tadi.

Peugeot Petaling Jaya merupakan cawangan ke-16 terletak di Lembah Klang dan yang kedua dilancarkan pada tahun ini, selepas Peugeot Taiping pada awal Feb lalu.

Terletak di kawasan seluas 7,560 kaki persegi, ia merupakan bilik pameran 1S yang menelan kos pelaburan sebanyak RM1 juta. Peugeot Petaling Jaya ini mempunyai ruang menunggu untuk pelanggan, bilik diskusi, butik Peugeot, perkhidmatan WiFi percuma dan ruang parkir yang mencukupi.

Peugeot Petaling Jaya  002 (1)

“Cawangan terbaharu ini terletak di lokasi yang cukup strategi dan ia menunjukkan komitmen kami terhadap keselesaan para pelanggam. Malah kami juga sedang memperluaskan lagi rangkaian perkhidmatan selepas jualan dan tidak lama lagi akan memperkenalkan model Peugeot 308, 408 dan 508. Justeru, kami berhasrat untuk memenuhi permintaan daripada para pelanggan bagi memperkukuhkan lagi servis dan perkhidmatan selepas jualan,”ujar Dato’Samson Anand George, CEO Nasim, yang ditemui ketika majlis pelancaran berlangsung.

Semua model Peugeot mempunyai jaminan lima tahun tanpa had perbatuan bersama-sama dengan 24 jam perkhidmatan Peugeot Assistance Nasim, akses percuma ke Peugeot Lounge di Lapangan Terbang Subang dan keahlian Peugeot Privilege untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggannya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *