Mitsubishi Motors Malaysia lantik CEO baharu

By  |  0 Comments

Chief Executive Officer of Mitsubishi Motors Malaysia, Mr. Won-Chul YANG

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, Won-Chul YANG, berkuat kuasa 12 Feb lalu.

YANG telah menyertai Mitsubishi Corporation (MC) Seoul, Korea, sejak tahun 1992 dan memiliki pengalaman luas di dalam bidang automotif selama lebih 20 tahun. Pada tahun 2003, beliau telah menyertai MC Tokyo sebagai Pengurus selama tiga tahun. Kemudian dilantik sebagai Pengarah Perancangan Strategi dan Penyelarasan di Mitsubishi Motors Sales Korea Ltd.

Sebelum dilantik sebagai CEO MMM, YANG telah memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Kanan, Perancangan Strategi dan Penyelarasan sejak 2012. Sepanjang tempoh itu, MMM turut melakarkan kejayaan apabila mengeluarkan model pemasangan kenderaan tempatan (CKD) pertamanya iaitu Mitsubishi ASX di negara ini.

ASXCKD112

“Kami percaya, dengan kekuatan pengalaman, semangat dan komitmen yang dimiliki oleh YANG, mampu membawa MMM ke peringkat seterusnya, di samping memperkukuhkan lagi jenama ini di Malaysia,”ujar Tan Sri Marzuki Mohd Noor selaku Pengerusi Lembaga Pengarah MMM.

Kini, MMM telah membuka 58 bilik pameran (43 daripadanya ialah Pusat 3S) dan 47 pusat servis di seluruh Malaysia.

Sejak tahun 2005, MMM telah menjual lebih 82,000 unit kenderaannya di Malaysia. Antara model terkini yang berada di pasaran termasuklah ASX, Mirage, Attrage, Triton, Pajero Sport SUV, Lancer GT sedan, Pajero SUV dan i-MiEV. Kesemua model tersebut, kecuali ASX, adalah diimport dari Thailand dan Jepun.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *