Harga runcit RON95, RON97 dan diesel naik 25 sen seliter mulai 12.01 pagi 1 Mac

By  |  0 Comments

RON95

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek, telah mengumumkan harga baharu bagi bahan api naik 25 sen iaitu RON95 dan diesel menjadi RM1.95 seliter, manakala RON97 pula RM2.25 seliter.

Harga baharu bagi ketiga-tiga bahan api terbabit berkuatkuasa mulai 12.01 pagi 1 Mac ini.

Pada 1 Feb lepas, KDNKNN telah mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON95 sebanyak 21 sen kepada RM1.70 seliter, RON97 turun 11 sen kepada RM2.00 seliter sementara diesel turun 23 sen kepada RM1.70 seliter.

“Harga baharu ini berkuat kuasa mulai bulan Mac dengan kerajaan akan terus mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang,” katanya.

Hasan turut berkata, harga minyak bagi bulan berikutnya akan ditentukan menggunakan kaedah sama dengan harganya berkemungkinan untuk naik atau turun berdasarkan keadaan semasa.

“Semua syarikat minyak dan pengusaha stesen diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini. Tindakan tegas akan diambil kepada syarikat minyak dan pengusaha stesen yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *