Ford Malaysia jalin kerjasama dengan Tropfest South East Asia untuk kempen The Projector Man

By  |  0 Comments

Photo 5

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) iaitu rakan pengedar kenderaan jenama Ford di Malaysia baru-baru ini telah bekerjasama dengan festival filem pendek terbesar di dunia, Tropfest South East Asia untuk menghasilkan kempen The Projector Man.

Seorang ‘lelaki projektor’ yang lengkap dengan beg sandang mengandungi bateri dan sebuah projektor di kepalanya menayangkan filem-filem pendek di lokasi-lokasi tumpuan ramai di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Ia bagi memberikan orang ramai bayangan tentang apakah rasanya apabila mereka datang ke Tropfest.

Dua unit SUV urban Ford EcoSport turut bertindak sebagai kenderaan rasmi untuk ‘lelaki projektor’ dan krew menyerbu kawasan-kawasan seperti perhentian bas, teksi, kelab malam dan kedai makan. ‘Lelaki projektor’ itu juga menjemput orang ramai untuk pergi ke bilik pameran, memandu uji EcoSport dan berpeluang memenangi percutian hujung minggu di Pulau Pinang serta menghadiri Tropfest.

Tropfest merupakan acara tahunan yang menggalakkan pembikin filem baru untuk menyerlahkan bakat masing-masing dan mendapat pendedahan menerusi konsep platform yang inovatif ini. Pertandingan filem pendek ini terbuka kepada semua penduduk dan warga negara dari rantau ini seperti Brunei, Kemboja, Timor Timur, Indonesia, Laos, Myanmar, Singapura, Thailand, Filipina, Vietnam dan Malaysia tanpa mengira latar belakang atau pengalaman mereka.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *