Kia cee’d GT Line tampil dengan enjin 1.0 turbo & transmisi DCT 7-kelajuan

By  |  0 Comments

Kia-Ceed-2

Kia telah pun memperkenalkan varian GT Line bagi model cee’d dengan beberapa elemen penambahan yang lebih menarik.

Bakal dipertontonkan di Geneva awal Mac ini, GT Line diposisikan antara model standard dan versi GT. Pertambahan terbaharu bagi barisan model cee’d ini adalah bagi mereka yang gemarkan gaya lebih ranggi bagi model GT tetapi tidak sanggup membayar nilai yang lebih untuk penambahan elemen premium.

cee’d GT Line yang boleh didapati dalam varian hatchback, coupe dan wagon ini mendapat enjin yang sama dengan cee’d standard tetapi berteknologi baharu iaitu 1.0 liter turbo tiga-silinder yang mampu memberikan kuasa sehingga 120 hp dan tork setinggi 172 Nm.

Kia-Ceed-1

Kia juga telah menambah enjin diesel 1.6 liter CRDi bagi GT Line ini dengan penambahan kuasa dari 128 Hp dan 265 Nm ke 133 Hp dan 285 Nm.

Kia cee’d GT Line turut didatangkan dengan kotak gear klac-berkembar (DCT) tujuh-kelajuan yang dibangunkan sendiri oleh Kia di pusat R7D Namyang, Korea Selatan. Ia menawarkan pertukaran gear yang lebih pantas dan penjimatan bahan api yang jauh lebih rendah dengan mod manual, serta lebih kelancaran bagi mod auto.

Kia-Ceed-3

Bagi imej yang dipertaruhkan pula, cee’d GT Line ini turut didatangkan dengan rim aloi bersaiz 17-inci, lampu pencahayaan siang LED berbentuk kiub ais, bampar hadapan dan belakang yang lebih maskular, ekzos berkembar, GT side sill moldings, dan lampu belakang LED.

Manakala bagi bahagian kabinnya, Kia masih belum mendedahkan imejnya namun mengesahkan ia bakal dipadankan dengan upholstery hitam, putih dan kelabu dengan jahitan kelabu, logo GT Line, roda stereng balutan kulit, kekemasan piano black dan pedal aluminium. Malah ia turut menampilkan kekemasan krom baharu pada lingkaran corong udara dan butang tingkap berkuasa, iluminasi bagi port USB dan AUX serta butang penghidup enjin aluminium.

Kia turut mengesahkan model cee’d GT Line ini bakal mula menembusi pasaran dunia pada suku keempat tahun ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *