Kia Rio 2016 hatchback & sedan ditampilkan di Chicago Auto Show

By  |  0 Comments

Satu medan yang bertepatan untuk memperkenalkan model facelift mahu pun serba baharu adalah di pentas pertunjukan automotif bertaraf antarabangsa. Inilah kesempatan yang diambil oleh Kia dengan memperkenalkan model Rio 2016 di Chicago Auto Show yang sedang rancak berlangsung.

Kia Rio 2016 lima-pintu hatchback dan empat-pintu sedan yang dipertontonkan ini menerima padanan bahagian hadapan yang telah diperkemaskan dengan gril paten geometrik yang lebih segar. Bukan itu sahaja, penampilannya turut diserlahkan dengan lampu kabus dan reflektor belakang baharu. Rio 2016 ini juga telah tampil dengan dua warna baharu yang lebih segar iaitu Urban Blue dan Digital Yellow.

Menjengah bahagian kabinnya, Kia telah menambah busa kepadatan tinggi pada pillar A dan B untuk mengurangkan tahap NVH dan turut mengaplikasi kekemasan piano black pada sekeliling sistem audio dan kawalan sampingan. Malah Kia turut menawarkan Designer Package untuk varian EX yang menambah kekemasan kulit berwarna kelabu dengan jahitan kontra pada panel pintu, perehat lengan di konsol tengah, roda stereng dan gear.

Kia Rio 2016 ditampilkan dengan varian LX, EX dan SX dengan model spesifikasi tertinggi turut dipadankan bersama rim aloi bersaiz 17-inci, suspensi talaan-sport, cakera brek hadapan 11-inci, dan roda stereng balutan kulit. Manakala Rio SX pula hadir dengan kamera belakang, kluster meter Supervision, sistem navigasi yang telah diberi penambah baikan dengan paparan grafik yang lebih bagus, dan trafik SiriusXM.

Bagi elemen standard pula, ia ditampilkan dengan elemen tempat duduk hadapan dengan haba panas, butang penghidup enjin, kekemasan kulit upholstery dan bumbung matahari,

Walau bagaimana pun, tiada sebarang perubahan mekanikal, dan Kia Rio 2016 ini dijanakan oleh enjin 1.6 liter empat-silinder yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 138 hp pada 6,300 rpm dan tork setinggi 167 Nm pada 4,850 rpm yang disalurkan pada gandar hadapan menerusi kotak gear automatik enam-kelajuan untuk hatchback dan manual enam-kelajuan bagi sedan. KIa turut membayangkan bakal menamatkan riwayat model Rio hatchback lima-pintu manual.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *