Toyota Camry Hibrid bakal dilancarkan tidak lama lagi

By  |  0 Comments

Datuk-Ismet-Suki-with-the-Toyota-Camry-Hybrid

Menerusi Buletin Utama yang disiarkan oleh TV3 sebentar tadi, Presiden UMW TOYOTA MOTOR, Datuk Ismet Suki, telah mengesahkan Toyota bakal melancarkan model Camry Hibrid pada suku kedua tahun ini.

Ketika ditemui dalam majlis pelancaran Toyota Eco Youth 2015 di Shah Alam pagi tadi, Datuk Ismet berkata pihaknya telah bersedia untuk melancarkan Camry Hibrid ini sebagai memberikan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab EEV.

Camry Hibrid ini pernah dipertontonkan di Kuala Lumpur International Motor Show 2013 yang lalu, sepatutnya dilancarkan pada penghujung tahun lalu. Namun atas beberapa faktor tertentu, pelancarannya ditangguhkan.

Model pemasangan tempatan (CKD) ini dijanakan oleh enjin 2.5 liter VVT-i Atkinson cycle yang mampu memberikan kuasa sehingga 160 PS dan tork setinggi 213 Nm. Malah dengan bantuan motor elektrik, ia juga boleh ditambah dengan 145 PS kuasa dan tork 270 Nm serta dipadankan dengan transmisi e-CVT, kombinasi yang sama yang turut ditampilkan pada model Lexus ES 300h.

Pada penghujung Januari lalu, menerusi laman web oto.my, jangkaan harganya telah pun disiarkan iaitu RM199,990 seunit. Walau bagaimana pun, UMWT masih belum mengesahkan harga jualannya.

Toyota-Camry-Hybrid-oto.my_

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *