Diskaun tol di di AKLEH, GCE & LKSA sempena CNY ini

By  |  0 Comments

GUTHRIE

Sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) yang bakal menjelang tiba ini, Prolintas akan menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus kepada semua pengguna lebuh raya kendaliannya bermula 6 pagi 19 Feb hingga 6 pagi keesokannya iaitu 20 Feb.

Menurut CEO kumpulan Zainudin A. Kadir, diskaun berkenaan ditawar kepada pengguna kenderaan kelas 1 yang membuat bayaran tol secara elektronik (ETC) di lorong Touch ‘n Go atau SmartTAG di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) serta Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Di mana diskaun ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memberi nilai tambah kepada pengguna lebuh raya dan penggalakan penggunaan ETC untuk perjalanan yang lebih cepat dan selesa.

Selain itu, pengedaran pek limau di ketiga-tiga lebuh raya juga akan berlangsung selama dua hari bermula 17 Feb depan juga sebagai tanda penghargaan kepada pengguna lebuh raya berkenaan yang menjadikan AKLEH, GCE dan LKSA laluan pilihan mereka.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *