Suzuki tambah pusat 3S untuk rangkaian pengedar yang lebih komprehensif

By  |  0 Comments

2 Suzuki 3S Jln Klang Lama

Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA) telah membuka sebuah lagi Pusat Suzuki 3S (jualan, servis dan alat ganti) di Jalan Klang Lama baru-baru ini, menambahkan bilangan yang ke-33 di Malaysia.

“Suzuki telah bekerjasama dengan Regal Motors Holdings Sdn Bhd untuk membuka sebuah lagi pusat 3S bagi mengembangkan lagi rangkaian dan memberikan perkhidmatan yang terbaik buat para pelanggan terutamanya bagi jualan dan perkhidmatan selepas jualan,”ujar Keiichi Suzuki, Pengarah Urusan SMA.

Terletak dalam kawasan seluas 6,500 kaki persegi, Pusat Suzuki 3S Jalan Klang lama ini turut menampilkan enam petak penyelenggaraan, bilik pameran yang mempamerkan model baharu Suzuki di pasaran Malaysia dan beberapa fasiliti lain untuk kemudahan para pelanggan.

Malah SMA turut berhasrat untuk membuka lagi dua pusat pameran Suzuki di Malaysia bagi memperkenalkan model terbaharu jenama ini.

Sempena dengan pembukaan Pusat Suzuki 3S ini, Regal Motors Holdings turut menawarkan 23 mata ganjaran percuma bagi pemeriksaan kenderaan dan juga diskaun menarik bagi alat ganti terpilih sehingga akhir April ini.

SMA turut menawarkan promosi menarik yang sedang berlangsung sehingga Mac 2015 iaitu rebat tunai sehingga RM6,000 atau kadar faedah serendah 1.68% + rebat tunai bernilai RM2,000 yang hanya layak untuk pembelian model Swift GL dan GLX 2014.

Bukan itu sahaja, perakam video digital Blaupunkt turut ditawarkan bagi pembelian mana-mana model Swift bermula pada 2 Feb sehingga 31 Mac ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *