Toyota Avalon 2016 bakal ditayangkan di Chicago Auto Show 12 Feb ini

By  |  0 Comments

Toyota-avalon

Toyota telah mengumumkan peracangan untuk membawa model facelift Avalon ke Chicago Auto Show yang bakal berlangsung minggu hadapan.

Generasi keempat Avalon ini membawakan sedikit suntikan yang lebih segar terutamanya pada bahagian hadapan yang lebih mantap berbanding model sebelumnya. Ia menampilkan gril atas dan bawah dengan sedikit kekemasan krom, sementara itu lampu utamanya pula diberi sedikit sentuhan grafik yang berbeza dan juga lampu pencahayaan siang LED yang telag direka semula.

Bagi menampakkan imej yang lebih agresif, model facelift Avalon ini turut menampilkan lampu kabus LED menegak, bampar hadapan yang lebih sporty dan gril hesagon yang lebih besar.

Manakala bagi bahagian kabinnya, ia hanya menerima sedikit perubahan dengan adanya upholstery baharu, serta sedikit kekemasan yang menambahkan elemen segar.

Toyota Avalon ini dijangka bakal dipadankan dengan enjin 3.5 liter V6 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 268 hp dan tork setinggi 336 Nm serta digabungkan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan.

Malah Toyota juga bakal menampilkan Avalon varian hibrid dengan enjin 2.5 liter empat-silinder bersama kuasa 156 hp yang digabungkan dengan 140 hp daripada motor elektrik serta 245 volt daripada pek bateri logal nikel hidrida.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *