Ford Focus RS diperhebatkan dengan AWD & hamburan kuasa melebihi 315 hp

By  |  0 Comments

Ford-Focus-RS-5

Selepas berita mengenainya bertebaran pagi semalam, Ford akhirnya mengambil keputusan untuk mendedahkan secara rasmi model yang dinanti-nantikan iaitu Focus RS baharu.

Generasi ketiga Focus RS ini dijanakan oleh enjin seperti Mustang iaitu 2.3 liter empat-silinder EcoBoost turbocharged yang mampu menghamburkan kuasa melebihi 315 hp. Tujahan tork juga masih belum disahihkan tetapi Ford berkata kotak gear manual enam-kelajuan boleh menyamai kuasa yang dihasilkan oleh Mustang iaitu 433 Nm.

Ford-Focus-RS-2

Kesemua kuasa itu dihantar pada sistem pacuam semua-roda hasil daripada kawalan penvektoran tork yang mampu menghasilkan “pemanduan lebih menyeronokkan dan keupayaan pengendalian yang mengagumkan”. Sistem AWD ini menggunakan pek klac kawalan elektronik pada kedua-dua bahagian unit pacuan belakang dan ia boleh menghantar 70% tork pada gandar belakang. Bergantung pada situasi, 100% tork juga boleh disalurkan pada setiap roda belakang.

Ford Focus RS ini juga didatang dengan elemen standard seperti rim aloi 19-inci yang dibaluti tayar Michelin Pilot Super Sport 235/35 R19. Selain itu, elemen penting yang turut ditampilkan ialah sistem ekzos berprestasi tinggi dengan paip berkembar dan injap kawalan elektronik pada paip belakang yang mampu mengoptimumkan bunyi bising dan mengimbangi tekanan bahagian belakang.

Ford-Focus-RS-4

Pada bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan tempat duduk sport Recaro, sistem hiburan SYNC lapan-inci yang turut bekerjasama dengan kamera belakang (dengan kawalan jarak parkir) dan sistem bunyi Sony serta 10 pembesar suara.

Elemen penuh sporty turut menghiasi ruang kabinnya termasuklah roda stereng leper balutan kulit, pedal aloi dan meter pada konsol tengah yang membolehkan pemandu memantau tekanan bahan api, suhu dan tekanan kuasa.

Ford menawarkan model Focus RS baharu ini dengan warna yang lebih ‘maskulin’ termasuklah Nitrous Blue, Frozen White, Absolute Black dan Stealth Gray. Walau bagaimana pun, warna Liquid Blue seperti yang tergambar pada foto yang disebarkan ini adalah warna bagi Ford GT dan tidak akan dikomersialkan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *