Harga baharu bagi RON 95, RON 97 & diesel turun antara 11 hingga 23 sen mulai 1 Feb 2015

By  |  0 Comments

RON95

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek, telah mengumumkan harga baharu bagi bahan api menurun efektif 12.00 tengah malam 1 Feb 2015. Ini bermakna harga baharu bagi RON 95 ialah RM1.70 seliter, RON97 pula RM2.00 seliter dan diesel pula RM1.70 seliter.

Pengumuman terbaharu ini menyaksikan penurunan harga bagi RON 95 sebanyak 21 sen seliter, 11 sen bagi RON97 dan diesel pula 23 sen.

Pada akhir Disember lalu, kementerian yang sama juga telah mengumumkan harga baharu bagi Januari 2015 iaitu RON95 berharga RM1.91 seliter, diesel pula RM1.93 dan RON97 pula RM2.11.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh KPDNKK, kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *