Majlis Automotif akan ditubuhkan dalam tempoh dua bulan lagi – MITI

By  |  0 Comments

Mustapa

Kerajaan akan menubuhkan majlis automotif dalam tempoh dua bulan yang berperanan sebagai platform kepada pembuat dasar untuk berinteraksi dengan pemain industri, menurut laporan Bernama.

Majlis yang dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed itu akan terdiri daripada wakil kerajaan, komuniti perniagaan serta badan bukan kerajaan yang mewakili pengguna.

“Majlis itu akan menyediakan platform kepada pembuat dasar berinteraksi untuk membolehkan kita mendapat input daripada industri serta mempunyai arah yang jelas bagi masa depan industri automotif,” Mustapa berkata semasa sesi kemas kini Dasar Automotif Negara (NAP) 2014 pagi tadi.

Beliau berkata mesyuarat pertama majlis itu dijangka berlangsung pada akhir Mac serta menambah, sektor automotif adalah penting kepada ekonomi memandangkan terhadap 500,000 orang bekerja dan terlibat dalam industri tersebut.

“Ia dalam pelbagai cara, nadi kepada ekonomi negara,” katanya.

Pada 2013, sektor automotif menyumbang RM30 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *