Sasaran penurunan harga kenderaan sebanyak 20% boleh dicapai menjelang 2017

By  |  0 Comments

car-sale-img

Laporan Bernama menyebut, Kerajaan yakin sasaran penurunan harga kereta sebanyak 20% pada akhir 2017 boleh dicapai, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata purata harga semua model dan varian kereta di negara ini telah turun sebanyak 12% sejak 2013.

“Pada 2013, purata harga kereta berkurangan sebanyak 5%, dan tahun lepas, ia terus turun sebanyak 7%, memberi manfaat kepada 72.5% pembeli,” katanya pada sidang akhbar semasa taklimat perkembangan terkini Dasar Automotif Negara (NAP) 2014 pagi tadi.

Beliau berkata perbandingan itu ialah antara harga atas jalan yang baharu dan sebelumnya.

Mengenai NAP, beliau mengulangi bahawa objektif utama dasar tersebut adalah untuk mengubah Malaysia menjadi hab kenderaan cekap tenaga (EEV) Asean menjelang 2020.

“Objektif lain adalah membangunkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan bagi kenderaan pemanduan sebelah kanan dan teknologi berkaitan seperti kecekapan bahan api, bahan material ringan, telematik, perkakasan dan reka bentuk komponen,” katanya.

Menyebut contoh penurunan harga kereta, beliau berkata Perodua mengurangkan harga Myvi sebanyak 11 peratus, Proton sebanyak 13 peratus bagi Proton Saga, dan Honda sebanyak 17 peratus bagi model Jazz.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *