Giliran Ketua Setiausaha Negara terima model Proton Perdana

By  |  0 Comments

ART_0375

Ketua Setiausaha Negara, Yang Berbahagia Tan Sri Dr Ali Hamsa, hari ini telah menerima unit Proton Perdana dalam satu majlis penyerahan di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Perdana Menteri telah pun menerima unit pertama bagi Proton Perdana ini pada 11 Disember yang lalu.

ART_0388

Ini merupakan fasa pertama projek penggantian Perdana model terdahulu dan ia disasarkan untuk kegunaan 3,000 unit di bawah pelbagai kementerian. Memilih untuk menggunakan platform Honda Accord generasi kelapan, ia juga merupakan kerjasama pertama di antara Proton dengan pihak Honda Japan Ltd.

Proton sangat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia kerana telah memberi peluang kepada syarikat kereta nasional ini dalam menyediakan kenderaan rasmi bagi kegunaan kerajaan. Peluang yang diberikan ini sangat membantu Proton bagi merealisasikan potensi sebenar dalam menjadi pengeluar automotif yang mampu berdaya saing di peringkat global.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *