Honda Pilot 2016 bakal tampil di Chicago Auto Show

By  |  0 Comments

HONDA PILOT 2016

Hari ini Honda telah menyebarkan foto teaser bagi model Pilot 2016 yang dijangka bakal dipertontonkan di Chicago Auto Show akan datang.

Generasi ketiga Pilot ini dikhabarkan telah menerima suntikan kejuruteraan dan rekaan semula terutamanya bagi memberikan keupayaannya dalam menampung lapan kapasiti tempat duduk.

Foto yang disebarkan ini tidak memberikan pendedahan yang lebih terperinci, namun Pilot baharu ini dikatakan menampilkan rekaan yang lebih menarik berbanding dengan model terdahulu. Malah Honda juga menjanjikan rekaan yang lebih dramatik bagi Pilot baharu ini yang dibangunkan oleh Honda R&D Americas yang berpusat di Los Angeles.

Honda Pilot 2015

Honda Pilot 2015

Pilot 2016 ini juga akan diproduksi di Lincoln, Alabama dan bakal mula berada di pasaran menjelang musim panas ini. Buat setakat ini, terdapat berita yang mengatakan Pilot baharu ini akan dipadankan dengan enjin 3.5L V6 suntikan terus dengan teknologi Earth Dreams, yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 310 hp.

Bakal dipertontonkan di Chicago Auto Show pada 12 Februari ini, Honda juga dikatakan akan mempamerkan trak pikapnya, Ridgeline baharu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *