Tata Xenon dilancarkan di Malaysia untuk kegunaan komersial

By  |  0 Comments

Tata_Launch_04

Selepas tujuh tahun ‘ketiadaannya’ di Malaysia, akhirnya kini ia kembali selepas DRB-Hicom Commercial Vehicles (dahulu lebih dikenali sebagai USF-Hicom) membawa masuk jenama dari India ke pasaran sini.

Semalam trak pikap Tata Xenon telah pun dilancarkan di Malaysia. Biar pun ia belum dijual secara rasmi di pasaran tempatan, namun harga jangkaan yang diumumkan sewaktu sidang akhbar selepas majlis pelancarannya disebut antara RM60k hingga RM80k. Menurut DRB-Hicom Commercial Vehicles , harga rasminya akan diumumkan pada bulan hadapan.

Sebanyak enam varian Tata Xenon telah dibawa masuk ke Malaysia dari Thailand ini dan ia disasarkan untuk kegunaan komersial. Kesemua varian tersebut dijanakan oleh enjin 2.2 liter DICOR turtbodiesel empat-silinder yang dipadankan bersama kotak gear manual lima-kelajuan.

Enjin ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 140 PS pada 4,000 rpm dan tork setinggi 320 Nm antara 1,700 hingga 2,700 rpm.

Tata Xenon dilengkapi dengan ABS, EBD, stereng berkuasa elektrik, cermin tingkap berkuasa dan lampu kabus belakang. Walau bagaimana pun, kesemua varian Xenon ini tidak didatangkan dengan beg udara kerana keperluannya tidak begitu diutamakan bagi kenderaan komersial di Malaysia. Namun difahamkan, kemungkinan besar Tata akan memperkenalkan varian bagi kegunaan peribadi, yang akan dilengkapi dengan elemen keselamatan yang dikehendaki.

Varian yang dipertaruhkan oleh Tata Xenon ini ialah 4×2 Single Cab dan 4×4 Single Cab. Ia bersaiz 2.5 m x 1.72 m x 0.382 m dan mampu membawa muatan sehingga 1.2 tan. Ia dilengkapi dengan gril hadapan, bampar, perumah cermin sisi dan pemegang pintu yang berwarna hitam serta tayar 215/75 16.

Tata_Launch_32

Manakala Space Cab pula hanya menawarkan satu varian sahaja iaitu 4×2 dan bersaiz 450 mm lebih pendek berbanding dengan Single Cab.

Manakala Double Cab pula boleh didapati pada varian 4×2 Standard, 4×4 Basic dan 4×4 Premium. Di mana varian 4×4 Basic dilengkapi dengan gril krom, bampar hadapan yang sama warna dengan kerangka, cermin sisi dengan indikator LED, pelindung bawah aluminium, bampar pemijak di bahagian belakang dan rim aloi bersaiz 16-inci yang dibaluti tayar 235/70.

Ia menawarkan pilihan warna seperti putih, hitam dan perak, dengan waranti selama dua tahun atau 40,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).

Dalam masa yang sama, DRB-Hicom Commercial Vehicles turut melancarkan Tata Prima Prime Mover yang dijual pada harga RM270k untuk varian 4×2 dan RM320k bagi 6×4.

Untuk perkhidmatan selepas jualan, DRB-Hicom Commercial Vehicles telah membelanjakan sejumlah RM10 juta untuk membuta pusat 3S baharu di Selayang, di samping telah pun memiliki 9 pengedar rasmi di Lembah Klang, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Sabah.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *