Pemenang pusingan pertama Great Nissan Buy 1 Win 1 diumumkan

By  |  0 Comments

04 Melaka_Kelvin Ong_Bought Almera, Won Sylphy

Kesemua enam orang pemenang Kempen ‘The Great Nissan Buy 1 Win 1’ bagi Pusingan 1 amat bertuah apabila menerima sebuah lagi kereta baharu Nissan, hadiah daripada Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM).

Ia adalah sempena dengan kempen Great Nissan Buy 1 Win 1 dilancarkan pada 1 September hingga 31 Oktober 2014.

Untuk pusingan ini, seramai enam pelanggan bertuah berpeluang untuk memenangi sebuah model lebih baik dengan setiap pembelian sebuah kenderaan Nissan. Dengan nilai hadiah bernilai lebih RM888,888 model-model Nissan yang dimenangi ialah Teana 2.0XE, Teana 2.5XV, Sylphy 1.8E serba baharu dan Serena S-Hybrid.

Sepanjang bulan Disember, majlis penyerahan kunci kereta baharu Nissan kepada semua pemenang telah diadakan di beberapa buah bilik pameran di negeri Melaka, Kedah, Sabah, Penang, Sarawak dan Kuala Lumpur.

02 Jitra_Aidasuzana bt Md Arshad_Bought Grand Livina, Won Serena S-Hybrid

Para pemenang itu ialah Raziff Suhairi Shabaan yang membeli sebuah Nissan Teana 2.5XV dan memenangi sebuah Nissan Serena S-Hybrid. Kelvin Ong Wei Chong pula membeli sebuah Nissan Almera dan memenangi sebuah Nissan Sylphy 1.8E.

Aidasuzana Md Arshad membeli sebuah Nissan Grand Livina 1.6L dan memenangi sebuah Nissan Serena S-Hybrid. Sementara Arnizah Kasbulah yang membeli sebuah Nissan Sylphy 1.8VL memandu pulang sebuah Nissan Teana 2.0XE.

On Keur Li yang membeli sebuah Nissan Serena S-Hybrid dihadiahkan dengan sebuah Nissan Teana 2.5XV. Pemenang terakhir ialah Luhat Jok yang membeli sebuah Nissan Navara dan memenangi sebuah Nissan Sylphy 1.8(E).

“Bagi pihak Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Pusingan 1 Kempen The Great Nissan Buy 1 Win 1,” kata Pengarah Perancangan Produk dan Pemasaran ETCM, Tan Keng Meng.

“Kempen ini telah menerima maklum balas yang amat memberangsangkan. Kami amat teruja kerana dapat memberikan lebih lagi dan melihat kegembiraan pada wajah para pemenang sewaktu menerima kunci hadiah kereta baharu masing-masing. Kami juga tidak sabar untuk mengumumkan pemenang Pusingan 2 yang akan diadakan tidak lama lagi. Selamat berjaya kepada semua yang mengambil bahagian!”

Pusingan 2 Kempen The Great Nissan Buy 1 Win 1 berakhir pada 31 Disember 2014 dan para pemenang akan diberitahu pada akhir Januari 2015.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi www.nissan.com.my, atau hubungi Jabatan Khidmat Pelanggan ETCM di talian 1800-88-3838.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *