Suzuki Malaysia anjur kempen ‘Lend A Hand’ untuk membantu pemilik kenderaannya yang terjejas akibat banjir

By  |  0 Comments

Suz_lendahand2_Pressad - 13012015cs

Ekoran banjir yang melanda sembilan buah negeri di Utara dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Suzuki Malaysia Automobile (SMA) turut menitipkan rasa simpati pada mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana ini. Atas dasar simpati itu juga, SMA telah mula menganjurkan kempen ‘Lend A Hand’ bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik ini.

Kempen ‘Lend A Hand’ yang bermula dari 15 Januari hingga 28 Februari dengan menawarkan bantuan kepada para pemilik kenderaan Suzuki yang terjejas akibat banjir ini yang merupakan diskaun sebanyak 50% bagi produk pelincir (minyak enjin, cecair transmisi, cecair penyejuk), 30% bagi semua alat ganti tulen Suzuki dan 20% untuk kos upah pembaikian.

Menurut Keiichi Suzuki, Pengarah Urusan SMA, bencana banjir yang telah menjejaskan lebih 200,000 mangsa ini pastinya turut menjejaskan kenderaan mereka. Justeru, pihaknya telah mengambil inisiatif untuk membantu para pemilik kenderaan Suzuki yang terjejas dengan menawarkan diskaun tersebut dan menggesa agar mereka segera membawa kenderaan masing-masing ke pusat servis Suzuki yang berhampiran untuk diperbaiki.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila hubungi SMA di talian 1-300-88-6699 termasuk bagi mengetahui lokasi pusat servis Suzuki yang berhampiran atau layari www.suzuki.net.my.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *