Galeri : Honda HR-V makin ligat dipertontonkan sebelum dilancarkan Feb ini

By  |  0 Comments

HRV_Paradigm_Ext_02

Pertengahan minggu yang lalu, sekali lagi Honda Malaysia telah pun mempertontonkan model HR-V dan kali ini ia berlokasikan pusat membeli-belah Paradigm Mall pula. Ini memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih dekat adik kepada CR-V ini yang telah pun mula menerima tempahan sebelum tarikh pelancarannya yang dijangka pada awal Feb ini.

Menampilkan Grade V iaitu spesifikasi tertinggi selepas model S dan E, ia kelihatan lebih bergaya dengan kehadiran lampu utama berkembar projektor LED yang dipadankan bersama lampu pencahayaan siang LED, lampu kabus dan lampu belakang kombinasi LED.

Model untuk pasaran Malaysia juga menerima padanan tayar bersaiz 16-inci, berbanding 17-inci yang ditawarkan di Thailand.

Manakala bagi bahagian kabinnya pula, ia menampilkan konsol tengah tinggi dengan tempat perehat tangan, meter ambien, poket konsol dengan port USB dan HDMI, tujuh pemegang cawan, paparan audio tujuh-inci, enam pembesar suara, kawalan pemanduan, Mod ECON, Bantuan ECO, butang penghidup enjin, dan panel penyaman udara sentuhan auto.

HRV_Paradigm_Int_22

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, brek parkir elektronik, kawalan kelajuan dan pemegang brek automatik.

Bagi aspek keselamatan pula, Grade V ini turut dilengkapi enam beg udara, ABS bersama EBD dan bantuan brek, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), bantuan mula mendaki, Isofix dan isyarat perberhentian kecemasan.

Kesemua varian HR-V ini dikuasakan oleh enjin 1.8L i-VTEC SOHC yang bergabung tenaga dengan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT) yang dibangunkan di bawah teknologi unggul ciptaan Honda, Earth Dreams.

Ia turut dipadankan dengan G-Design Shift CVT yang menghantar kuasa ke roda hadapan. Enjin dan transmisi bagi model pasaran Malaysia ini adalah sama dengan Thailand.

HRV_Paradigm_Ext_28

Buat masa ini, Honda Malaysia belum mendedahkan harga sebenar yang bakal ditawarkan. Namun menerusi iklan promosi yang disiarkan di oto.my, ia dijangka berharga RM120k bagi Grade V.

Pada hujung minggu ini iaitu dari 23 hingga 25 Jan, Honda HR-V ini akan dipertontonkan di Village Mall, Sungai Petani pula. Jadi untuk orang di Utara, jangan lupa untuk berkunjung ke lokasi tersebut bagi melihat lebih dekat model SUV yang bakal hangat di pasaran ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *