Perodua sasar jualan sebanyak 208,000 unit untuk tahun 2015

By  |  0 Comments

Aminar-Perodua

Perodua telah mengumumkan sasaran jualan bagi tahun 2015 ini iaitu sebanyak 208,000 unit, meningkat sebanyak 6% dari 195,600 unit yang direkodkan pada tahun lalu. Sasaran jualan ini berdasarkan permintaan yang berterusan terhadap barisan model kenderaan yang dihasilkan oleh Perodua.

Malah Perodua telah berjaya mengekalkan posisinya sebagai pengeluar kenderaan kompak paling digemari buat 9 tahun berturut-turut.

“Kami sangat terharu dengan respons dan sokongan yang diberikan. Justeru, kami akan sentiasa menawarkan nilai yang terbaik bagi produk dan servis yang ditawarkan kepada para pelanggan. Kami juga mahu lebih optimistik bagi mencapai sasaran jualan sebanyak 208,000 unit walaupun dalam keadaan ekonomi dan pasaran yang mencabar,”ujar Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Myvi-Key-Visual

Pada pembentangan mengenai prestasi Perodua 2014 selepas majlis pelancaran Myvi baharu semalam, Aminar menjelaskan permintaan terhadap model Axia begitu memberangsangkan iaitu mencapai 66,400 unit tempahan dari 15 Ogos hingga 31 Disember lalu. Dari jumlah tersebut, sebanyak 29,100 unit telah dihantar kepada para pelanggan.

“Kami juga percaya Myvi baharu yang dilancarkan pagi ini akan diterima oleh masyarakat dan disasarkan mampu mencapai jualan sebanyak 6,000 unit sebulan,”tambah Aminar lagi.

Bagi Perodua Alza pula, Aminar berkata ia masih menjadi MPV yang paling popular dalam jualan pada tahun lalu dan permintaannya masih kekal kukuh.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *