Hyundai bikin kejutan tampilkan model konsep Santa Crus Crossover Truck di Detroit

By  |  0 Comments

Hyundai-Santa-Cruz-Crossover-Truck-2

Satu kejutan telah dilakukan oleh Hyundai pada hari pertama berlangsungnya North American International Auto Show (NAIAS) 2015 dengan menampilkan model konsep Santa Cruz Crossover Truck.

Dengan menyasarkan ‘gaya hidup milenium’, Hyundai telah menampilkan sebuah trak pelbagai guna untuk generasi muda yang turut menggemari aktiviti ‘urban-lasak’ serta inginkan kenderaan yang versatil serta bergaya.

Hyundai-Santa-Cruz-Crossover-Truck-6

Untuk menyerlahkan gayanya, Hyundai memadankan gril hadapan heksagon yang lebih besar, lampu utama ‘sarang lebah’ dan lampu kabus dengan teknologi LED. Model konsep ini turut dilengkapi dengan rim aloi bersaiz besar dengan gabungan tayar Michelin serta kaliper brek Brembo berwarna kuning.

Sekilas pandang, Santa Cruz ini hanya memiliki dua pintu, namun sebenarnya ia turut didatangkan dengan pintu belakang yang sedikit tinggi bagi memudahkan akses penumpang memasuki ruang belakang.

Model konsep Santa Cruz Crossover Truck dijanakan oleh enjin 2.0 liter turbodiesel empat-silinder yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 190 hp dan tork setinggi 406 Nm. Kuasa yang disalurkan pada sistem pacuan semua-roda HTRAC itu membolehkan trak ini dikatakan mampu menggunakan bahan api sehingga 7.8 liter per 100 km.

Buat masa ini, Hyundai belum mengesahkan bilakah model ini bakal diproduksikan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *