Kia Soul Red Zone 2.0 edisi terhad untuk USA

By  |  0 Comments

16824302111805781768

Kia telah pun melancarkan model Soul Red Zone 2.0 edisi terhad untuk pasaran Amerika Syarikat (USA). Berbanding dengan model Red Zone terdahulu, model edisi khas ini menampilkan warna Shadow Black pada bahagian luarannya serta lingkaran warna Inferno Re pada bampar, gril dan side sills.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 18-inci, lampu belakang LED dan kit badan yang nampak lebih agresif.

144673266926176335

Pada bahagian kabinnya pula, ia dipadankan dengan tempat duduk berwarna hitam dengan sedikit kekemasan merah, roda stereng balutan kulit, pedal sport dan karpet baharu. Bukan itu sahaja, ia juga turut dilengkapi dengan kamera undur, sistem navigasi dengan skrin paparan bersaiz lapan-inci dan sistem audio 350-watt.

Soul Red Zone 2.0 edisi terhad ini dijanakan oleh enjin 2.0 liter 4-silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 164 hp dan tork setinggi 205 Nm. Ia juga dipadankan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *