Hyundai Genesis and Sonata menangi anugerah GOOD DESIGN™ 2014

By  |  0 Comments

2014-Hyundai-Genesis-01

Hyundai telah menjulang anugerah GOOD DESIGN™ bagi dua model serba baharunya iaitu Genesis dan Sonata yang diterima hasil rekaan yang berkualiti, nilai estetika dan elemen yang menarik. Ia dianugerahkan oleh The Chicago Athenaeum: Museum of Architecture and Design dan The European Centre for Architecture Art Design and Urban Studies.

Anugerah GOOD DESIGN™ merupakan penghormatan tahunan buat pencapaian terbaik bagi industri dan rekaan grafik, serta dunia pembuatan yang berjaya menghasilkan rekaan luar biasa serta cemerlang. Ia juga merupakan anugerah paling berprestij di dalam bidang rekaan dan seni bina seantero dunia. Proses penjurian bagi anugerah GOOD DESIGN™ ini dijalankan oleh sekumpulan juri profesional di kalangan pereka grafik, arkitek, dan pakar dalam kebudayaan ternama di peringkat antarabangsa.

LF Sonata_Platinum Silver(17 Wheel)

“Penerimaan anugerah ini melalui model Genesis dan Sonata merupakan komitmen Hyundai yang tinggi terhadap pembangunan dan penghasilan produk terbaik termasuk daripada segi rekaan. Di mana kedua-dua model ini direka bagi menawarkan pengalaman pemanduan yang berkualiti tinggi, sekali gus mampu menarik perhatian ramai,” ujar Chris CHapman, selaku Ketua Reka Bentuk, Hyundai Design Center.

Memilih rekaan yang bersifat elegan dan mewah, Genesis mampu sama-sama membarisi kenderaan sedan ekesekutif seangkatannya. Kehadiran model terbaharu Genesis ini juga dikatakan sebagai peningkatan evolusi yang mengikuti kehendak pasaran masa kini. Malah keupayaan daripada segi teknikalnya juga lebih diyakini dan boleh dikatakan terbaik dalam pengeluarannya.

Manakala model serba baharu Sonata generasi ketujuh ini pula merupakan pencapaian falsafah estetik (Inner Force), bahasa rekaan yang berevolusi (Fluidic Sculpture 2.0) dan teknologi Human-Machine Interface iaitu falsafah pengalaman pengguna Hyundai yang memberi penekanan kepada penghasilan ruang pemandu yang lebih selamat, ringkas dan intuitif.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *