Ford bawa info “Bagaimana memilih sudut terbaik untuk keselamatan jalan raya?”

By  |  0 Comments

What's-the-Angle-Infographic FINAL

Sebagai sebuah syarikat pengeluar kenderaan antara yang ternama di dunia dan kerap tampil dengan pelbagai inovasi serta teknologi terkini di dalam pembuatan kenderaannya, Ford turut tidak ketinggalan memberikan pelbagai tip, info dan panduan bagi pemanduan selamat.

Beberapa hari lalu, Ford telah memaparkan info mengenai “Bagaimana memilih sudut terbaik untuk keselamatan jalan raya?” khas untuk semua pemandu. Ia turut disusuli dengan info grafik dan video ringkas untuk pemahaman yang lebih jelas.

Berikut merupakan panduan mengenai topik yang dibicarakan ini :

Apakah sudut yang terbaik?

Anda fikir anda tahu sisi atau sudut terbaik anda? Bagaimana dengan sudut terbaik untuk keselamatan jalan raya…

Sejak terpilih sebagai perkataan paling popular dalam Kamus Oxford English pada tahun 2013, “Selfie” (merakam gambar sendiri) telah menjadi satu budaya. Kini, semua orang beranggapan mereka tahu bagaimana mana untuk merakam selfie yang terbaik. Namun, Ford mendapati bahawa ia tidak bermakna kita semua tahu mengenai sudut terbaik apabila menyentuh tentang aspek keselamatan jalan raya.

Ford baru-baru ini bertemu dan bertanya kepada orang ramai di beberapa buah negara tentang apakah sudut terbaik mereka ketika merakam selfie. Sebagaimana yang dijangka, semua orang mempunyai pandangan tersendiri dan tidak keberatan untuk menunjukkan caranya.

Bagaimanapun, apabila kami ajak duduk di tempat pemandu di dalam sebuah Ford Focus dan meminta mereka melaras cermin sisi serta belakang untuk untuk mendapatkan sudut terbaik ketika memandu, hasilnya tidaklah memberangsangkan.

Kebanyakan orang fikir mereka tahu bagaimana untuk melaras cermin kenderaan. Tetapi apabila kami uji dan merakam mereka, rupa-rupanya ramai yang tidak tahu tentang cara mudah dan penting ini untuk kekal selamat di atas jalan raya.

Ford Fiesta

Di sini, ada tiga langkah mudah melaras cermin kenderaan anda untuk mendapatkan sudut pandangan yang sempurna. Ikuti arahan-arahan ini untuk meminimumkan titik buta dalam memastikan keselamatan diri anda dan orang lain di atas jalan raya:

1) Duduk di tempat duduk pemandu dengan betul. Laraskan cermin pandang belakang supaya anda dapat melihat bahagian belakang dengan lurus.

2) Gerakkan kepala anda ke bahagian sisi kenderaan sehingga hampir menyentuh cermin tingkap di bahagian pemandu. Laraskan cermin sisi bahagian pemandu sehingga anda hampir tidak dapat melihat sisi kereta anda.

3) Gerakkan kepala anda ke bahagian konsol tengah. Laraskan cermin sisi bahagian penumpang hadapan sehingga anda hampir tidak dapat melihat sisi kereta anda.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *