Harga baharu petrol dijangka diumumkan pada 31 Dis ini – Ahmad Maslan

By  |  0 Comments

RON95

Bernama petang ini melaporkan, kerajaan dijangka mengumumkan harga baharu minyak RON95 dan RON97, pada kadar yang lebih rendah berikutan kejatuhan harga minyak global, pada 31 Dis.

Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Ahmad Maslan berkata kadar itu belum dapat diumumkan pada masa ini memandangkan kerajaan masih mengkajinya.

Pada 30 November yang lalu, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan harga baharu bagi bahan api RON95 dan diesel berkuatkuasa mulai 1 Disember 2014. Selain dua bahan api tersebut, RON97 juga mengalami perubahan harga mulai tarikh yang sama.

Di mana harga runcit petrol RON95 diturunkan sebanyak 4 sen seliter kepada RM2.26 seliter. Manakala harga RON97 juga diturunkan iaitu sebanyak 9 sen seliter kepada RM2.46 seliter. Namun harga bahan api diesel pula dinaikkan sebanyak 3 sen seliter menjadi RM2.23 seliter

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *