Perodua ingin mencapai jualan melebihi 195,000 unit tahun ini

By  |  0 Comments

Axia_Ext_04

Perodua menyasarkan jualan melebihi 195,000 unit sebelum tirai 2014 berlabuh, terutamanya selepas memperkenalkan Axia pada 15 Ogos lalu.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, sebelum ini Perodua telah menyasarkan jualan sebanyak 193,000 unit bagi tahun ini. Namun selepas melihat perkembangan yang begitu memberangsangkan terhadap Axia, maka tidak mustahil pihaknya mampu mencatat angka yang melebihi sasaran.

Buat setakat ini, sebanyak 62,000 unit Axia telah ditempah.

“Ini merupakan rekod terbaik yang pernah kami capai. Dengan respons yang begitu menggalakan terhadap Axia membuktikan produk kami berjaya memenuhi permintaan pasaran. Setakat ini kami telah mendaftar dan menghantar 26,000 unit tempahan Axia kepada para pelanggan. Malah kami sedang bekerja keras untuk meningkatkan lagi produksi supaya para pelanggan tidak perlu menunggu masa yang lama untuk mendapatkan Axia yang ditempah,”ujar Aminar.

Semalam, beliau turut melancarkan Pusat Perodua Hibrid 3S yang terletak di Rawang, Selangor. Pusat 3S ini menguruskan perkhidmatan servis dan alat ganti, sementara salah satu pengedar Perodua iaitu Medan Prisma Sdn Bhd pula mengendalikan bilik pameran serta jualan.

Aminar berkata Perodua telah membelanjakan hampir RM1.2 juta dan Medai Prisma pula RM7.0 juta untuk membangun dan melengkapkan fasiliti pusat 3S ini di bawah satu bumbung. Terletak di kawasan seluas 52,523 kaki persegi dan mempunyai 25 petak penyelenggaraan yang boleh mengendalikan antara 60 hingga 65 kenderaan sehari.

Hingga ke hari ini, Perodua mempunyai 182 buah pusat jualan dan 176 pusat servis di seluruh negara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *