Pemain automotif Malaysia perlu capai keupayaan kompetitif tertinggi – Mustapa

By  |  0 Comments

TokPa

Semalam Bernama melaporkan kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berkata, untuk kekal relevan dalam industri automotif di Malaysia dan peringkat global, peserta automotif tempatan tidak ada pilihan lain kecuali perlu berusaha keras dan mencapai keupayaan kompetitif setinggi yang mungkin.

Beliau berkata industri automotif Malaysia kini berdepan cabaran amat besar berikutan perubahan berterusan dalam trend pasaran, tuntutan tinggi bagi peraturan keselamatan automotif, tekanan bagi dasar alam sekitar dan permintaan terhadap kenderaan kos rendah.

“Lebih kritikal adalah persaingan sengit antara pengeluar automotif dalam menguasai pasaran. Agak jelas bahawa dengan kombinasi perkongsian yang berjaya antara kerajaan dan industri, manfaatnya adalah saling eksklusif.

“Saya ingin menyeru pemain industri untuk menyokong semua usaha latihan terutamanya dalam menyediakan latihan sambil bekerja bagi graduan baharu kita serta siswazah,” katanya dalam ucap tama beliau pada Majlis Pengijazahan Institut Automotif Malaysia (MAI) 2014, di sini, Selasa.

Sejumlah 3,152 graduan menerima Sijil Profesional Industri dan Pensijilan Kejuruteraan Industri Automotif (AICE) pada majlis tersebut.

Mustapa berkata satu daripada cabaran industri automotif ialah mendapatkan tenaga kerja yang berkelayakan.

Sementara itu katanya, beliau dijadual mengumumkan maklum balas bagi Dasar Automotif Negara (NAP) pada pertengahan Januari tahun depan kerana dasar itu sudahpun berusia setahun.

NAP diperkenalkan tahun ini bagi merancakkan semula industri automotif tempatan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *