Proton Iriz mungkin bakal menggunakan nama Satria di Australia

By  |  0 Comments

Proton_Iriz_1.6_Premium_ 001

Menurut laporan yang disiarkan oleh laman web permotoran Australia, CarAdvice, Proton Iriz mungkin akan dipasarkan di negara berkenaan dengan menggunakan nama Satria.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) Proton Australia, Kaye Amies, pihaknya masih dalam peringkat perbincangan mengenai nama yang bakal digunakan jika ia dibawa masuk ke pasaran Australia, kemungkinan besar pertengahan tahun hadapan.

Bukan itu sahaja, keputusan untuk menentukan nama tersebut mungkin juga bergantung pada potensi yang dirancangkan pada model Iriz R3, yang dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya tahun depan sebelum ia dibawa masuk ke Australia pada tahun berikutnya.

Amies turut berkata, prestasi model tersebut difikirkan lebih sesuai dan pastinya mampu menarik perhatian masyarakat di sana seperti mana penerimaan mereka terhadap model Satria GTi suatu ketika dahulu.

Proton-Satria-GTi

“Kami sedang memikirkan untuk membawa masuk Iriz terlebih dahulu sebelum melancarkan varian R3 pula. Buat masa ini, ia masih dalam pertimbangan sama ada Iriz R3 sesuai dibawa masuk ke sini atau pun tidak,”ujar Amies.

Amies turut menambah, sehingga kini, masih ada ramai yang bertanya mengenai model Satria GTi. Sebab itulah pihaknya akan mempertimbangkan kemasukan varian Iriz R3 jika prestasinya lebih kurang model Satria GTi itu.

Walau pun nama Iriz dianggap sebagai sesuatu yang melucukan di Australia, namun beliau tidak teragak-agak untuk menggunakannya jika Proton Australia bersedia membuat sebarang keputusannya mengenainya.

“Ada yang beranggapan, nama Iriz mirip pada nama seorang kanak-kanak perempuan. Dan ada yang merasakan ia lebih sesuai untuk pemilik wanita. Lantas saya berkata, adakah Lotus Elise itu kenderaan untuk wanita,”tambah Amies lagi.

Buat setakat ini pihaknya masih berbincang dengan pengurusan di Malaysia bagi menentukan nama yang bakal digunakan ini.

Amies turut memaklumkan, model Iriz telah pun menjalani ujian pelanggaran oleh Australasian New Car Assessment Programme (ANCAP),dan keputusannya akan didedahkan pada tahun hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *