Hyundai-Sime Darby Motors melancarkan bilik pameran pertama berkonsepkan GDSI

By  |  0 Comments

Hyundai Premium Autoworld - Exterior

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan bilik pameran pertama yang mengimplementasikan konsep baharu iaitu Global Dealership Space Identity (GDSI).

Konsep GDSI ini merupakan hasil kerjasama antara Hyundai Motor Company dan Delugan Meissl Associated Architects yang terkenal dengan rekaan penuh dinamik serta moden.

Di mana bilik pameran yang terletak di Jalan Munshi Abdullah, Melaka ini direka dengan konsep Modern Premium bagi meningkatkan perkhidmatan pelanggan, kepercayaan jenama dan keseluruhan penampilan rangkaian kepada para pengunjung.

Perasmian bilik pameran ini juga seiring dengan pelancaran model serba baharu Sonata untuk pasaran tempatan pada 9 disember yang lalu yang turut membawakan konsep baharu GDSI ini.

(L-R) Mr Lai Nai Jen, Mr Joshua Lee, Ms Audrey, Mr Ahn Joon Mo, Mr Lau, Mr Simon & Mr Jimmy With The New Hyundai Sonata

Rekaan baharu GDSI ini diinspirasi berdasarkan sifat alam semulajadi, dengan melatari segenap ruang bilik pameran ini termasuk menampilkan konsep terbuka serta siling berkaca serta bentangan kehijauan pada bahagian dalamannya. Selain itu, pemilihan perabot yang moden dengan pencahayaan yang sedikit redup dan hangat pastinya bakal memberikan keselesaan pada para pengunjung.

Malah rekaan yang penuh moden juga diserapkan pada bahagian luaran memberikan penggayaan yang lebih segar bagi bili pameran ini.

“Kami berasa yakin dengan konsep baharu ini yang bakal memberikan status yang lebih tinggi bagi Hyundai, secara tidak langsung meningkatkan lagi keyakinan pengguna terhadap jenama ini,”ujar Lau Yit Mun, Pengarah Urusan HSDM.

HSDM juga sedang dalam persiapan untuk membangunkan lapan lagi pusat GDSI di bahagian sentral, utara dan selatan selewat-lewatnya penghujung 2015 ini, di mana tiga daripadanya adalah bilik pameran 1S dan lima lagi pusat 3S.

Bagi pusat pameran 1S GDSI yang pertama ini, ia dikendalikan oleh Premium Autoworld Sdn Bhd dan beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *