Perodua Axia mengungguli Carian Trending Model Kereta 2014 (Malaysia) menerusi Google

By  |  0 Comments

Axia_Ext_04

Hari ini Google telah mengumumkan senarai ‘Carian Tahunan Malaysia’ bagi tahun ini, yang mengimbau semula melalui pandangan kolektif laman web dan menawarkan perspektif unik bagi acara atau perkara yang berlaku pada tahun ini, berita terbaharu dan trend terhangat berdasarkan carian di google.com.my.

Carian trending negara bagi 2014 didahului dengan berita sedih apabila penerbangan Malaysia Airline, MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac dan MH17, yang ditembak jatuh pada 17 Julai di ruang udara Ukraine mengambil tempat teratas dan nombor tiga dalam senarai itu.

Dunia automotif tempatan juga tidak ketinggalan menarik perhatian ramai apabila pencarian mengenai artikel pelancaran Perodua Axia telah pun berjaya menduduki tempat kelima di dalam 10 Carian Trending Malaysia 2014.

Axia yang merupakan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama di Malaysia dengan menawarkan empat varian iaitu Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance yang dijual pada harga bermula RM24,600 ternyata begitu mudah menambat perhatian rakyat Malaysia yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ‘bayi terbaharu’ kelahiran Perodua ini.

Malah Axia turut mengungguli Trending Model Kereta bagi tahun 2014. Manakala Proton Iriz pula menduduki tempat kedua, diikuti oleh Honda City 2014 di tempat ketiga. Manakala Honda Jazz 2014 pula berada di tempat keempat.

Agak mengejutkan juga apabila kereta konsep Proton Zaara menduduki pencarian di tempat kelima, walau pun ia sekadar hasil lakaran 3D dan idea dari individu yang bernama Rosdi Osman.

proton-zaara-642x336

Diikuti pula oleh Perodua Alza pula berada di tangga keenam, diikuti oleh Mitsubishi Attrage (No.7), Honda HR-V (No.8), Peugeot 2008 (No.9) dan Perodua Viva 2014 (No.10).

Carian Trending Malaysia 2014
1. MH370
2. Piala Dunia 2014
3. MH17
4. Astro Awani
5. Perodua Axia
6. SPS
7. BR1M
8. Street View
9. Malindo Air
10. Rindu Awak 200%

Trending Model Kereta
1. Perodua Axia
2. Proton Iriz
3. Honda City 2014
4. Honda Jazz 2014
5. Proton Zaara
6. Perodua Alza
7. Mitsubishi Attrage
8. Honda HR-V
9. Peugeot 2008
10. Perodua Viva 2014

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *