Volvo V40 Sports Edition sudah ada di bilik pameran

By  |  0 Comments

V40SE_Ext_02

Volvo Car Malaysia telah pun mula mempamer dan menjual model Volvo V40 Sports Edition di bilik pamerannya. Ia tidak mengalami perubahan daripada sudut mekanikal dan jentera ini masih menggunakan enjin yang sama iaitu 2.0 liter pengecas turbo lima-silinder yang mampu memberikan kuasa sehingga 213 hp dan tork setinggi 300 Nm.

Enjin ini juga dipadankan dengan kotak gear auto Geartronic enam-kelajuan untuk memberikan prestasi yang lebih memberangsangkan sehingga mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam tempoh hanya 6.9 saat dan kelajuan maksimum yang boleh dicatatkan ialah 230 km/j.

V40SE_Ext_04

Bagi model V40 T5 Sport edition ini, ruang luarannya dibaluti dengan material vinyl berwarna Passion Red, termasuklah pada perumah cermin, peresap dan paip ekzos. Model ini turut dipadankan dengan rim aloi lima-jejari bersaiz 17 inci.

Dijual pada harga bermula RM190,777 (harga bagi model yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu ialah RM188,888) dan pakej tambahan pula ditawarkan RM10,000.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *